Perbezaan Tafsir Ma'thur dan bil Ra'yi (Kum 4)
Pendahaluan
Tafsir Bil Ma'thur dan Tafsir Bil Ra'yi
Ilmu tafsir merupakan antara cabang ilmu yang paling penting dalam memahami kandungan al-Quran. Melalui ilmu tafsir, umat Islam dapat mengetahui maksud sebenar ayat-ayat al-Quran serta menghayati mesej dan hukum yang terkandung di dalamnya. Secara umum, tafsir terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu tafsir bil ma’thur dan tafsir bil ra’yi.
Tafsir bil ma’thur ialah tafsiran yang berpandukan kepada dalil-dalil naqli seperti al-Quran, hadis Nabi SAW, serta pandangan para sahabat dan tabi‘in. Kaedah ini dianggap paling sahih dan selamat kerana bersumberkan riwayat yang bersandarkan kepada sumber wahyu.
Manakala tafsir bil ra’yi pula merujuk kepada tafsiran yang dilakukan melalui ijtihad dan pandangan akal, dengan syarat tidak bercanggah dengan dalil yang sahih. Kaedah ini digunakan apabila tiada nas yang jelas tentang sesuatu ayat, lalu para ulama menggunakan ilmu bahasa Arab, konteks ayat, dan kefahaman mendalam terhadap syariah untuk menafsirkan maksudnya.
Kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih mendalam, tepat, dan beradab terhadap wahyu Ilahi.
PENGENALAN ILMU TAFSIR
Ilmu tafsir merupakan antara ilmu terpenting dalam ilmu-ilmu Islam. Hal ini disebabkan oleh tugasnya yang berat untuk memperjelaskan ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ilmu tafsir adalah semulia-mulia ilmu berdasarkan tugasnya itu
Tujuan:
Memahami al-Quran dengan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih, iaitu Al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, dan pendapat sahabat Nabi.Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan penafsiran Al-Quran dilakukan dengan berhati-hati dan berlandaskan sumber yang dipercayai, serta mengelakkan penafsiran yang bersifat subjektif atau spekulatif.Manakala Tafsir bi al-ra’yi memahami dan menafsirkan Al-Quran dengan mengunakan pemahaman dan pemikiran sendiri,setelah memahami makna lafaz Al-Quran dan konteksya
Kepentingan:
Kemampuannya memberikan permahaman yang lebih mendalam dan akurat tentang ayat-ayat Al-Quran, karena disasarkan pada sumber-sumber yang terpercaya.Manakala Bi al-ra’yi, penafsiran yang disasarkan pada pemikiran dan pemahaman pribadi (ijthihad) seorang mufassir (penafsir) setelah memahami dengan mendalam lafaz dan makna yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Quran.
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
1. TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW
Muhammad SAW merupakan pentafsir awal bagi ayat-ayat al-Quran yang tidak dapat difaham oleh para sahabat. Hal ini berlaku ketika para sahabat menanyakan tentang pelbagai persoalan yang tidak dapat difahami oleh mereka. Namun, keseluruhan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang diberikan Muhammad s.a.w. tersebut tidak sampai pada umat Islam hingga masa kini. Oleh itu, terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa riwayat-riwayat tentang tafsir Muhammad SAW itu tidak sampai pada umat Islam, dan sebahagian pendapat lainnya menganggap bahawa Muhammad SAW sendiri tidak mentafsirkan seluruh ayat Al-Quran. Salah satu tafsir Al-Quran yang diberikan oleh Muhammad SAW ialah berkenaan pertanyaan seorang sahabat Nabi SAW yang menanyakan kepada baginda mengenai solat wustha yang terkandung dalam surah al-Baqarah ayat 238. Di dalam ayat itu tidak dinyatakan secara jelas mengenai yang dimaksud solat wustha. Menurut riwayat Tirmidzi, Muhammad SAW menyatakan bahwa yang dimaksudkan dengan solat wustha adalah solat Asar.
2. PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT
Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul SAW tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir iaitu Khulafa al-Rasyidun, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubayy bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah bin al-Zubayr.
3. TAFSIR PADA ZAMAN TABIIN
Tabiin merupakan generasi kedua dalam sejarah pentafsiran al-Quran kerana mereka golongan yang bertemu secara langsung dengan para sahabat. Pada peringkat ini ulasan terhadap sesuatu ayat mula berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir yang berkaitan dengan ayat-ayat al-quran dalam bentuk pembukuan adalah daripada kalangan ulama' tabi'in yang dipelopori oleh mujahid. Pada zaman ini perbezaan banyak dijumpai berbanding zaman sahabat.
4.TAFSIR PADA ZAMAN TABI' TABIIN
Bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah,Perkembangan tafsir zaman ini juga ekoran wilayah Islam yang sudah mula terbuka luas. Hal itu menyebabkan munculnya beberapa aliran di pelbagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin oleh para Tabi'in. Ulama golongan tabi' tabi'in tersebut telah berusaha dengan gigih untuk menyempurnakan lagi pentafsiran Al-quran.Usaha tersebut dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka iaitu bahasa Arab lahjah Arab di samping saranan ahli Tafsir.
5.TAFSIR PADA ZAMAN TADWIN
Zaman ini atau gerakan pembukuan ilmu tafsir secara khususnya berlaku pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyah dan awal pemerintahan bani abbasiyah. Pembukuan tafsir atau juga zaman tadwin berlaku pada akhir kurun kedua Hijrah yang berlangsung sekali dengan pembukuan hadis.
PENGERTIAN TAFSIR BIL'MATHUR
Menurut 'Ibn Hayyan ialah tafsir suatu ilmu yang membahas cara menuturkan/membunyikan lafadz-lafadz al-Qur'an, Madlul-Madlulnya baik mengenai kata tunggal maupun mengenai kata tarkih dan makna-maknanya yang digantungkanoleh keadaan susunan dan heberapa kesempurnaan bagi yang demikian seperti, Nasakh, Asbab al-Nuzul, kisah yang mengatakan apa yang tidak terang di dalam al-Qur'an dan lain-lain yang mempunyai hubungan erat dengannya.
secara terminologis pengertian tafsir bi al-ma'thur ialah:
Tafsir bi al-Ma'tsur ialah tafsir yang berpegang kepada riwayat yang Shahih, yaitu menafsirkan al-Qur'an dengan al -Qur'an, atau dengan sunnah karana ia berfungsi menjelaskan kitabullah, atau dengan perkataan para Sahabat karana merekalah yana palina mengetahui kitabullah atau dengan apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh besar tabi'vn karana pada umumnya mereka menerima dari para Sahabat".
SUMBER UTAMA
1.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN DENGAN AYAT AL-QURAN.
2.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN DENGAN HADITS RASULULLAH.
3.MENAFSIRKAN AYAT AL-OURAN DENGAN PENDAPAT PARA SAHABAT.
4.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN PENDAPAT PARA TABI'IN.
1.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN DENGAN AYAT AL-QURAN.
Pembukuan penafsiran Tafsir bil Ma'tsur sesuai urutan ayat dalam Mushaf Al-Qur'an.
Sehubungan itu Ibn Kathir berkata:
"Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri."
2.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN DENGAN HADITS RASULULLAH.
Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw merupakan cara kedua mentafsirkan Al-Ouran sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannva dari avat vang lain.
Imam al-Safie menyebut: Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami daripada al-Quran. Firman Allah(Surah al-Nisa 105)
105. Sesungguhnva kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supava kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah
kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), Karena (membela) orang-orang yang khianat[347],
3.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN DENGAN PENDAPAT PARA SAHABAT.
Secara Lisan atau periwayatan. [ Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]
Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa' al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah ranhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah,
4.MENAFSIRKAN AYAT AL-QURAN PENDAPAT PARA TABI'IN
da kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi' tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu' atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama[Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwavat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh,aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H),
Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab(m120H) Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda'(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas'ud.
PENGERTIAN TAFSIR BIL RA'YI
Kata Al-Ra'yi berasal dari akar kata راي ج اراء Memiliki kata jamak ara'un atau ar'a'un yang boleh berarti berpendapat.
secara istilah boleh didefinisikan sebagaimana pendapat beberapa ulama iaitu:
Tafsir Bil-Ra'yi ialah tafsir yang didalam menjelaskan maknanya hanya berpegang pada pemahaman sendiri dan penyimpulan yang didasarkan pada ra'yi semata. Golongan ini telah menulis sejumlah kitab tafsir menurut pokok-pokok mazhab mereka, seperti tafsir (karya) Abdurrahman bin Kaisan al-asam, al-Juba'l, Abdul Jabbar, Ar-Rummani, Zamakhsyari dan lain sebagainya.
penulis simpulkan bahwa tafsir bil-ra'yi adalah suatu metode tafsir dengan menggunakan kekuatan akal pikiran yang sudah memenuhi syarat dan memiliki pengakuan dari para ulama untuk menjadi seorang mufassir, namun penafsirannya harus tetap sejalan dengan hukum syari'ah tanpa ada pertentangan.
Tidaklah yang dimaksud dengan ra'yu ini dengan menafsirkan Al-Quran berdasarkan kata hati atau kehendaknya. Al- Qurtubi berkata "barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an berdasarkan imajinasinya (yang tepat menurut pandangannya tanpa berdasarkan kaidah-kaidah) maka ia adalah orang yang keliru dan tercela."
Dalam sebuah hadis diriwayatkan:
ن كذب علي متعمدا فلیتواأ مقعده من النار، ومن قال في القران برأيه فليتبو أ مقعده من النار. ( رواه التر مذ )
Artinya:
"Barang siapa mendustakan secara sengaja niscaya ia harus bersedia menepatkan dirinya di neraka. Dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an berdasarkan Ra'yu atau pendapatnya maka hendaklah ia bersedia menepatkan dirinya di neraka."(H.R. Turmuzi dan Ibnu Abbas ) Dan sabdanya pula:
من قال في القران رأ يه فاصاب فقد اخطاأ
Artinya:
"Dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an dengan Ra'yunya dan kebetulan tepat, niscaya ia telah melakukan kesalahan." (H.R. Abi Dawud dari Jundab)
Syarat Tafsir Bi al-Ra'y
syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir AI-Quran secara akal. Antara syarat-syarat tersebut ialah:
1. Memiliki sifat penting dan memiliki adab-adab bagi pentafsir
2. Memiliki ilmu-ilmu asas untuk memahami dan mentafsirkan al-Quran
3. Menjauhi kesalahan-kesalahan yang disebut oleh ulama semasa mentafsirkan al-Quran
4.Tidak menundukkan al-Quran kepada pemikiran
5. Menjauhi hawa nafsu semasa mentafsir al-Quran
6.Tafsiran tidak bertentangan dengan ayat al-Quran yang lain
7.Tafsiran tidak bertentangan dengan hadith yang sohih
8.Tafsiran tidak bertentangan dengan penggunaan bahasa Arab yang fasih
9.Tidak terkesan dengan pemikiran dan pegangan yang menyeleweng dan sesat
10. Tidak mengatakan bahawa tafsiran yang diberikan oleh pentafsir sebagai maksud ayat atau maksud ayat yang sebenarnya sebaliknya mengatakan: Ini yang saya faham, ini yang ditunjukkan Allah kepada saya dan pandangan orang lain mungkin lebih baik[ Solah al-Khalidi hal.435-436]
CONTOH:
1.Menafsirkan Al-Qur'an dengan pendapat semata-mata, yang tidak didukung oleh ilmu alat. Hal ini yang dimaksud dalam hadits Nabi SAW yang artinya: "Barang siapa yang berbicara tentang Al-Qur'an menurut pendapatnya sendiri, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya di neraka" (HR. Tirmidzi). Sebagian besar orang yang menafsirkan dengan ra'yi adalah orang-orang yang mementingkan hawa nafsu dan bid'ah. Mereka menganut faham-faham yang sesat, tidak ada alur periwayatan (rujukan) yang jelas, tidak ada dalil yang kuat. Dimana ia menyatakan bahwa kalam Allah itu maksudnya ini ... atau itu... tafsir semacam ini adalah tafsi yang madzmum atau tafsir yang salah.
2.Pendapat yang didasarkan atas ilmu dan memenuhi kriteria atau syarat tafsir, yaitu penguasaan ilmu bahasa Arab yang meliputi nahwu, sharraf, isytiqaq dan balaghah. Selain itu, seorang mufassir juga dituntut menguasai ilmu qira'at, ushuluddin, usul fiqh, asbabun nuzul, qoss Al-qur'an, nasakh mansukh, dan lain sebagainya.
Kitab-kitab tafsir bil-ra'yi yang tergolong al-mahmūdah yang banyak dikenal, antara lain, adalah:
1. Mafātih al-Ghayb, oleh: Fakhr al-Din al-Rāziy
2. Anwār al-Tanzil wa Asrār al-Ta'wil, oleh Al-Baidawi
3. Madārik al-Tanzil wa aqā'iq al-Ta'wil, oleh: Al-Nasāfi
4. Lubāb al-Ta'wil fi Ma'ān al-Tanzil, oleh: Al-Khāzin
5. Al-Bahr al-Mu'i, oleh: Abū Hayyān
6. Al-Tafsīr al Jalālayn, oleh: Jalāl al-Dīn Al-Mahalliy
7. Jalāl al-Din Al-Suyūti Gharā'ib al-Qur'ān wa Raghā'ib al-Furqān, oleh: Al-Naisabūriy
8. Al-Sirāj al-Munir, oleh: Al Khātib Al-Sharbiniy
9. Irsyâd al-'Aql as-Salîm, oleh: Abū al-Sa'ūd
10. Rūh al-Ma'āniy, oleh Al-Alūsiy
11. Contoh Tafsir Bil-Al-Ra'yi
Ayat Al-Quran yang jika ditafsirkan oleh orang yang bodoh akan menjadi rusak maksudnya. Artinya:
"Barang siapa yang buta (hatinya)di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan yang benar." (Q.S.Al-Isra : 72)
la menetapkan bahwa setiap orang yang buta adalah celaka dan rugi serta akan masuk neraka jahanam. Padahal yang dimasud dengan buta di sini bukan mata, tetapi buta hati berdasarkan alasan firman Allah.
TOKOH DALAM BIDANG TAFSIR BIL RA'YI
1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali al-Anwar tentang akidah.
Tafsir al-Baydawi:
Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya" Kashf al-Zunun An Asami al-Kutub wa al-Funun"
2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir
Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.
Tafsir
Al-Biqai menulis kitab tafsirnya yang dinamakan" Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy wa Al-Suwwar.' Tafsir ini memberi penekanan tentang hubungan dan perkaitan antara ayat-ayat dalam satu surah dan perkaitan antara satu surah dengan surah yang lain. Perhubungan ini disebut sebagai ilmu munasabat iaitu sebagai bentuk-bentuk hubungkait diantara satu ayat dengan ayat al-Quran yang lain atau bentuk pertautan antara satu surah dengan surah yang lain.
Persamaan:-
• Saling melenkapi dalam memahami Al-Quran.
Perbezaan:-
• Tafsir bil ma’thur merupakan satu jenis penafsiran yang muncul pertama kali dalam Sejarah khazanah intelektual Islam.
• Tafsir bir-ra’yi muncul sebagai sebuah jenis tafsir pada masa akhir pertumbuhan tafsir bil-ma’tsur sebagai masa awal perkembangan tafsir.
Kelebihan Tafsir Bil Ma’thur
• tafsir yang paling dihormati dalam kajian Al-Qur'an, karena tafsir Bil-Ma'thur bersandar pada sumber-sumber sahih seperti Al-Qur'an, hadis Nabi Muhammad SAW, dan riwayat dari sahabat, sehingga memberikan keabsahan dan kekuatan dalam penafsiran, karena sumbernya langsung berasal dari wahyu yang memiliki kesahihan yang tinggi dalam Islam.
Kelebihan Tafsir Bil Ra'yi
• Memberi ruang kepada akal untuk memahami Al-Quran dalam konteks moden, memastikan ajaran Islam kekal relevan dengan cabaran-cabaran baru tanpa menyimpang daripada syariat.
• Tafsir Bil-Ma’thur terutama dalam bentuk tafsir Al-Qur’an dengan Al-Qur’an dan tafsir Al-Qur’an dengan sunnah Nabawiyah menurut para mufassir adalah merupakan tafsir yang paling berkualiti dan paling tinggi nilainya.
Cabaran Tafsir Bil-Ra'yi
• Tafsir Bi Al-Ra'yi yang menggunakan akal dan ijtihad masih bergantung kepada asas riwayat Tafsir Bil-Ma'thur untuk mengelakkan penyelewengan
• Tafsiran ini mesti mematuhi batasan syariat dan tidak boleh bercanggah dengan Tafsir Bi Al-Ma'thur atau prinsip Islam yang telah disepakati
Cabaran Tafsir Bil-Ma'thur
• Ia tidak sentiasa mampu menjawab isu-isu kontemporari.
Perkembangan tafsir mengikut zaman & wilayah
Penafsiran al-Qur'an telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW masih hidup. Apabila baginda menerima wahyu daripada Allah SWT, baginda akan menyampaikannya kepada para sahabat. Begitu juga apabila terdapat ayat-ayat tertentu yang ditanya maksudnya oleh para sahabat, Nabi Muhammad SAW sendiri akan menjelaskan maksud dan tafsirannya.
Perkembangan Penafsiran Selepas Wafatnya Nabi Muhammad SAW
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, usaha penafsiran al-Qur'an diteruskan oleh para sahabat, tabi'in dan generasi seterusnya. Dalam tempoh ini, penafsiran dilakukan berpandukan al-Qur'an, hadis Nabi, serta pandangan para sahabat, kerana sumber utama iaitu Nabi Muhammad SAW telah tiada.
Penafsiran al-Qur'an pada zaman sahabat menunjukkan perkembangan yang ketara. Para sahabat mula mencari penjelasan tentang ayat-ayat al-Qur'an berdasarkan apa yang pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW — sama ada secara langsung daripada al-Qur'an mahupun melalui hadis-hadis baginda. Jika tiada penafsiran yang jelas dijumpai, para sahabat akan melakukan ijtihad berpandukan kefahaman mereka terhadap agama.
Perkembangan Penafsiran pada Zaman Tabi'in dan Generasi Seterusnya
Usaha penafsiran al-Qur'an diteruskan pada zaman tabi'in, tabi' al-tabi'in, serta oleh golongan salaf al-soleh dan para khalifah selepasnya. Pada setiap peringkat ini, pendekatan dan metodologi penafsiran terus berkembang, dengan kekal berpandukan sumber utama iaitu al-Qur'an, hadis, dan pandangan para ulama terdahulu.
KESIMPULAN
Ilmu tafsir sangat penting dalam kehidupan kita kerana ia mampu member penjelasan kepada kita dpt memahami hukum hakam islam. Tafsir bil Ma’thur adalah penafsiran dilakukan berdasarkan terhadap ayat Al-qur’an, pendapat-pendapat Rasulullah, sahabat, dan para ulama mulai penafsiran ayat-ayat al-Quran dengan ayat al-Qur’an, penafsiran ayat-ayat al-Qur’an dengan hadis, penafsiran ayat-ayat al-Qur’an dengan asar yang datang dari para sahabat, dan penafsiran ayat-ayat Al-Qur’an dengan pendapat tabi`in Tafsir bil-ra’yi adalah penafsiran dilakukan berdasarkan akal rasio(akal) metode penafsiran Bil-ra`yi.
RUJUKAN
1. Aly, R. B. U., & Sapir, A. S. B. M. Tafsir bi al-Ra’yi: Ulasan Literatur Dan Arah Penelitian Masa Depan.
2. Faqih, M. W. (2024). Sejarah Perkembangan Tafsir. Jurnal Dirosah Islamiyah, 6(1), 197-206.
3.Rahayu, T., & Alwizar, A. (2024). Relevansi Sumber Tafsir Al-Qur'an: Perspektif Tafsir Bi Al-Ma’tsur, Bi Ar-Ra’yi, Dan Bi Al-Isyari. Hamalatul Qur'an: Jurnal Ilmu Ilmu Alqur'an, 5(2), 568-580.

Comments
Post a Comment